Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Hi ciki ciki boom ! Harini saya nak share apa isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Sebenarnya isu ni dah macam lali dengan kita, meh kita tengok apa isunyaa

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 3 (Normaliza Abd Rahim,2019)

Hi everything hehehehe so korang mesti tertunggu kann cerita ape pulak mamat ni nak share kalini. Okay taknak bagi korang tertunggu-tunggu, hari ini ijat nak kongsi cerita sosial 3 yang bertajuk Keluarga Saya. Haaaa banyak tahu nilai yang korang boleh belajar daripada cerita ni. Pape gerak lu, stay tune !

Cerita Sosial 3 ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sangat penyayang. Alim merupakan watak utama dan dia mempunyai ahli keluarga yang terdiri daripada ibu ayah kakak abang, lengkaplah kesemuanya. Dalam cerita yang saya kongsikan di atas, ada beberapa nilai yang saya rasa patut saya kongsikan untuk dijadikan pengajaran buat kita semua.

1) Nilai Pertama (Kasih Sayang)
Hal ini kerana Alim dan ahli keluarganya sangat menyayangi antara satu sama lain. Mereka tidak pernah bergaduh malah bermasam muka antara satu sama lain.

2) Nilai Kedua (Tolong Menolong)
Buktinya Alim selalu membantu ibunya menyapu lantai dan mengemas semula permainan selesai bermain

3) Nilai Ketiga (Rajin)
Alim merupakan kanak-kanak yang rajin. Dia selalu membantu ibunya menyapu dan menolong kakak serta abangnya




Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu





BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik ( Normaliza Abd Rahim, 2019)

Assalamualaikum and hi peeps ! Welkem back to my blog. Dah lama kan i tak update dekat chuoolss ? So hari i nak share dekat korang semua apa itu kepentingan asas grafik. Stay tune !



Kepentingan asas grafik

Asas grafik mempunyai banyak kepentingannya dalam penghasilan foto yang berkualiti. Kepentingan yang pertama ialah :


1. Menarik

· Asas grafik sangat penting untuk memudahkan masyarakat menonton dan memahami mesej yang cuba disampaikan. Foto yang dihasilkan menggunakan asas grafik akan menghasilkan foto yang menarik dan meninggalkan kesan yang baik kepada mereka yang melihatnya.


2. Mudah difahami

· Asas grafik yang mudah difahami juga penting dalam kalangan masyarakat keseluruhannya. Mereka mampu memahami apa yang cuba disampaikan dengan mudah tanpa rasa ragu-ragu dan keliru.


3. Mesej

· Mesej juga penting dalam asas grafik. Setiap asa grafik perlunya ada mesej dan mesej tersebut boleh meninggalkan kesan kepada si pembaca.


4. Ketara ( predictability )

· Ketara bermaksud, foto atau video yang dipaparkan akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah malah begitu ketara untuk mereka meneka apa yang cuba disampaikan.

5. Promosi

Kesan positif bagi mempromosikan barangan/apa juga mesej yang ingin disampaikan dalam kalangan masyarakat





Rujukan :

Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM