Thursday, April 30, 2020

RULE OF THIRDS ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019 )

Hola hola cikeboom boom semua, alaa sekejap je rasa harini dah 1 Mei 2020 kejap je maasa berlalu kan tapi ingat perjuangan dalam menghadapi tugasan-tugasan daripada ProfDrN belum habis ye... Nahh jumaat yang mulia ini, kami disajikan oleh ProfDrN dengan tugasan baru. Apa ek tugasan tu ? Kami diarahkan untuk membuat tugasan yang menjelaskan apa itu rule of thirds dan bagaimana rule of thirds tu berfungsi ? Bukan tugasan biasa tahu tapi kalini penerangan tentang rule of thirds kena buat posting di Facebook untuk bagi tahu rakan lain apa itu rule of thirds.

Haaaa kepada yang suka ambik gambar tu jangan lepaskan peluang belajar ilmu baru ni, sebenarnya korang tahu je tapi tulaaa tak tahu apa nama diaa kan. Stay tune!

Rule of thirds ini merupakan salah satu teknik yang sangat penting untuk digunakan dalam meningkatkan komposisi dan keseimbangan sekeping gambar tak kira la potrait ke, mug shot ke atau swafoto sekali pun tapi perlu ada rule of thirds ni. Rule of thirds tu akan jadikann gambar korang makin cantik tauu sebab bila korang pakai rule ni takde la gambar ke tengah ke tepi ke belakang ke depan haaaa jangan rap pulak tau bila baca ni.

Nahh kalau tak faham, aku bagi gambar sikit untuk korang fahamm lagi mendalam apa itu rule of thirds. Harap pasni guna tahu segala teknik yang aku ajar ni, kalau tak jangan serang aku kenapa post gambar tapi dapat like tak sampai 10 pun hahahahahhahahahaa



Rujukan :

Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM


Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


Bahagian A : STRATEGI KESOPANAN

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Bahagian B:


Ringkasan Cerita Sosial 2:


Berdasarkan  Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik.  Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.


Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu




BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Bahagian A: Peta Minda tentang Jenis Shot




Bahagian B: Huraian kepentingan Rule of Thirds


Rule of  Thirds merupakan teknik asas dalam fotografi. Ia juga membawa banyak kepentingan kepada gambar yang diambil. Antara kepentingan Rule of Thirds ialah ia membantu kita untuk memastikan komposisi dalam gambar kelihatan seimbang.  Seperti yang sedia maklum, di dalam Rule of Thirds ini membahagikan ruang dalam kamera kepada sembilan bahagian atas dan bawah yang mempunyai saiz yang sama besar sama ada dari segi melintang atau menegak. Misalnya, kita ingin mengambil gambar sebuah subjek yang sedang berdiri melihat pemandangan di tepi laut. Subjek tersebut diletakkan pada titik kuasa sebelah kanan dan memenuhi 1/3 sudut dalam gambar, diseimbangkan pula dengan pemandangan laut yang dipenuhi pada titik kuasa bahagian kiri. Selain itu, Rule of Thirds ini juga memainkan peranan bagi membuat sesuatu imej itu lebih jelas dengan fokusnya. Sebagai contoh, seorang lelaki yang sedang berdiri di pondok bas bersama rakan-rakannya untuk pergi ke sekolah. Lelaki itu terletak betul-betul pada titik kuasa yang menunjukkan bahawa lelaki itu merupakan subjek utama dalam gambar. Seterusnya dapat dilihat jalan raya yang penuh dengan kenderaan kelihatan luas di arah berlawanan dengan subjek utama. Namun, kenderaan yang ada dalam gambar itu tidak mengenai titik kuasa seperti mana yang dapat dilihat pada subjek utama. Oleh itu, Rule of Thirds ini merupakan salah satu teknik asas dalam fotografi yang membawa kepada banyak kepentingan seperti keseimbangan dan imej yang jelas dengan fokus.








Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Pengenalan Bab 2: 

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian:

Menerusi Normaliza Abd Rahim (2014) dapat dilihat bahawa golongan muda masa kini terutamanya pelajar dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan mengarang sebuah cerita. Apabila seseorang individu itu mengarang sebuah cerita, mereka dapat mengembangkan lagi idea dan memperkukuhkan lagi penggunaan kosa kata yang betul serta struktur ayat yang benar. Mereka ini dapat membina keyakinan diri dengan menulis sebuah cerita di media sosial seperti di laman Twitter. Penggunaan laman sosial yang meluas dalam kalangan pelajar dapat mendorong mereka untuk lebih menggunakan platform tersebut untuk berkongsi cerita. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan yang membantutkan niat mereka untuk menulis. Halangan paling besar ialah diri mereka sendiri. Hal ini kerana, kebanyakan daripada mereka kurang keyakinan diri dan terlalu takut akan pandangan masyarakat terhadap penulisan mereka. Oleh itu, mereka lebih memilih untuk tidak menulis sebuah cerita di laman sosial.


Selain itu, menerusi penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) didapati bahawa pelajar lebih gemar melakukan aktiviti dengan penglibatan yang menerus agar mereka dapat lebih fokus pada proses pembelajaran bahasa. Kebanyakan pelajar mudah berasa bosan apabila mereka mempelajari sesuatu bahasa. Guru atau pendidik perlu membantu pelajar dengan menyediakan sesuatu aktiviti secara terus agar pelajar mudah hadam segala ilmu masuk ke otak tanpa berasa keliru dan bosan sepanjang tempoh pembelajaran.




Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Heheheh tak pandai sangat menulis cerita ringkas sebab selalu tulis panjang panjang ahhahahahah wei tak riak tau tapi tu fakta ke auta korang nilai sendiri. Ingat senang ke nak bukak akaun twitter? Mujur jugaklah Prof dah bekalkan buku senang la sebab step by step. Nahhhh jenguk jenguk la membaca bak kata orang membaca jambatan ilmu tak gittew chuolss

                                 


Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Sunday, April 26, 2020

PPT2 Bab 2 Multimedia dalam Bahasa





Woi  melompat kot bila prof dah update markah untuk powerpoint! Ingat senang ke eh nak dapat markah penuh dari Prof. Tak percaya nahhh tengok sendiri walawei

PPT Bab 1 Multimedia dalam Bahasa