Saturday, July 18, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum gais ! Dah berhabuk dah blog ni sebab lama sangat yak update tapi harini jangan risau sebab ijat akan kembali menghiburkan ruangan blog ini. Dah minggu 14 jadi macam biasa la nokss esaimen berlambak kalah longgokan duit sebab esaimen ijat lagi banyak daripada duit yang ade agitew. Pasrah tak pasrah belakang cite la. Dah dekat dua minggu berhempas pulas nak sunting dan juga siapkan kalendar. Tak tahu la sempat ke tak menjelang 2021 tapi apa-apa pun perancangan tu yang penting. Jadi kali ini, ijat nak post tentang Kalendar 2021 yang telah dibuat oleh diri sendiri ye tak main ambik internet sebab apa ? Sebab kalau boleh kita nak la jugak kan abadikan setiap kenangan dan memori yang tercipta ini supaya boleh dikenang dalam sanubari. Alaa sedih pula rase nak kemaskini blog kalini sebab mungkin lambat lagi pulak ijat boleh kemaskini lagi tapi jangan risau, kalau ada saat yang indah mungkin akan ku ulang lagi. Jadi jemputlah ye tengok kalendar dan juga kata-kata yang mewakili perasaan di hati ni. 






Semoga kenangan ini tersemat rapat dalam diri kita semua. Ukhuwah yang dibina ini bukan hanya untuk sehari dua namun akan ku kenang sampai bila-bila. Aku faham kilometer terlalu berperanan dalam memisahkan kita tapi aku percaya dengan jarak juga kita mampu berutus rindu jua. Semua kenangan dan memori mengalir deras dalam aliran darah yang menyambung ke mindaku untuk mewakili semua kisah suka dan duka kita bersama. Terima kasih kenangan yang tak pernah berhujung dan moga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan

Thursday, June 18, 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Assalamualaikum dan salam welove upm, saya akan menunjukkan beberapa perbezaan yang dapat dilihat di antara kajian yang dilakukan terhadap Facebook dan juga Twitter.


Twitter

1. Twitter mudah diakses oleh sesiapa golongan umur sekalipun
2. Penyampaian info yang pantas dan terkini
3. Membuat kenalan
4. Tempat menyatakan emosi dan meluahkan sesuatu perkara yang baik
5. Membantu mengurangkan percakapan tetapi banyak memperoleh maklumat

Facebook :

1.  Menggalakan perkongsian ilmu seperti pertukaran kemahiran bahasa
2. Tempat interaksi dan dialog dalam proses pembelajaran
3. Membantu guru dalam pengalam pendidikan yan dinamik
4.  Mampu meneroka pelajar dari satu kawasan yang lain
5. Platform yang kurang menakutkan pelajar sekiranya mereka terkial-kial.


Rujukan:

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

Aduhh kalini kena cuba luruskan tangan untuk lukis pulak. Okay harini Prof DrN macam biasa lah ada suruh kami lukis logo berdasarkan lirik lagu yang diberikan. Jadi marilah tengokk lukisan logo yang tak seberapo ni ...


Berdasarkan logo tersebut, kita boleh lihat kebersamaan sebuah keluarga itu yang terdiri daripada ayah, ibu dan anak yang saling melengkapi. Pegangan tangan itu menunjukkan situasi yang meggambarkan bahawa walaupun apa yang terjadi, kiita ibarat air yang dicincang takkan putus agitew.

Lirik lagu

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
saya tetap berhati-hati
meenjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)

Macam biasa lah setiap kali kelas mesti ada tugasan yang kena buat tapi takleh merungut sebab latihan ini yang boleh membuatkan kita tambah ilmu dari masa ke masa. Ayuhh kita tengok apa ijat nak kongsi harni eh, baiklah harini ijat nak cite pasal watak dan perwatakan, Nanti boleh la korang hadam nota bawah ni ye :) 


Rujukan :

Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM

Thursday, June 11, 2020

AKTIVITI BAB 8

Hmmm last but not least, mestilah latihan kan? yes but kata orang putih, practi makes perfect gittew ! Latihan ini sangat penting tau dan korang boleh ambik input yang penting untuk korang gunakan sebagainya seorang bakal pendidik dan juga bukan bakal pendidik pun boleh sebab semua orang adalah bakal pendidik sekiranya berkongsi ilmu dengan orang lain. Ilmu ini boleh kita guna dalam mendepani era teknologi masa depan tauu. Cantik-cantik ijat letak hari ini nota nak bagi korang semua faham dan semat dalam hati. Aipp asekk semat je ni rindu betul eh dengan lagu we love upm !!! Okay jomm tengokkkk





Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

CERITA SOSIAL 2(NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 5

Hi Assalamualikum dan salam jumaat yang mulia. Okay so what si next? Metilah nak kongsi cerita lagi and sambil-sambil tu korang boleh la belajar nilai murni darpada cerita ni hehe semoga dapat membantu. Ayuh semat di hati!!!! Katakan ini huwaa rindunya dekat upm nak lepak bukit ekspo hehe sorry-sorry korang, ijat teremosi pulak. Jom sama-sama baca tau!!



1) Alim merupakan seorang anak yang pemurah dan baik hati kerana dia sering memberikan bukunya kepada jirannya sulaiman dan sentiasa menyayangi buku-bukunya

2) Alim seorang anak yang rajin kerana dia sering menyusun buku-bukunya supaya kelihatan kemas dan tersusun. Sikapnya yang rajin menyusun ini membukttikan bahawa dia merupakan seorang yang rajin,tersusun dan berhemah dalam penjagaan ilmu.

3) Alim seorang anak yang tidak mudah berputus asa. Buktinya, walaupun Alim demam tetapi selepas dia sebmbuh darpada demam, dia tetap membaca kerana sikap membaca dan menerokai ilmu sudah sebati dalam dirinya


Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

ANIMASI DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)

Hi Assalamualikum dan salam jumaat yang mulia. Hehe tak lupa juga masih di bulan yang syawal ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf dzahir dan batin. So macam biasa la kan kalau aku dah menulis ni, mesti ada benda yang aku nak share dekat korang semua kan!!!!? Yes memang ada pun dan aku harap korang tak muak la kan sebab ni ilmu yang tiada penghujungnya hehe. Apa yang aku nak share harini ? Okay baiklah hari i\ni aku nak ajar korang apa itu animasi,drama dan juga filem so lets check it out my notes below here !!






Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia