Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: PETA MINDA KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

Pada hari ini, perlu menghasilkan peta minda yang berkaitan dengan kepentingan asas grafik. Peta minda ini perlulah dimuat naik ke dalam laman Instagram masing-masing.


BBM3410SATU2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)

TAKSONOMI STRATERGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) strategi pengelakan atau pengurangan adalah seperti berikut:

Strategi Pengelakan atau Pengurangan:

1. Pengabaian/Peninggalan mesej

2. Pengelakan topik

Pencapaian atau Stratergi Pampasan:

3. Parafrasa (Circumlocution)

4. Penghampiran

5. Penggunaan perkataan semua tujuan

6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)

7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)

8. Terjemahan literal

9. Pengantarabangsaan

10. Pertukaran kod

11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appeal of help Stalling

Penangguhan atau Stratergi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of Fillers/Stratergi penanda (hesitation devices)



Menurut Normaliza Abd Rahim di dalam bukunya terdapat Taksonomi Strategi komunikasi oleh Dornyei mempunyai 12 strategi yang dinyatakan. Strategi ini boleh digunakan untuk komunikasi. Strategi ini pula dibahagikan kepada tiga sub kecil seperti strategi pengelakan atau pengurangan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu.

Rujukan:



Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

      Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Rumusan Manfaat Penggunaan Instagram




Kedua-dua gambar di atas menunjukkan kesimpulan bagi bab 4 buku Eh!!! Media Sosial. Di dalam gambar tersebut terdapat beberapa jawapan yang saya garisnya bagi menunjukkan manfaat pengunaan Instagram.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
     Malaysia Terengganu

BBM3401satu2020: ASAS GRAFIK

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) asas grafik merupakan perkara penting dalam penggunaan kamera atau video. Terdapat lima elemen penting yang dapat menghasilkan grafik yang sempurna dan menarik. Elemen mudah dapat didefenisikan apabila seseorang melihat foto dan dia dapat memahami konsep sesebuah foto tersebut. Seterusnya, warna merupakan elemen asas grafik. Teks yang dinyatakan di dalam perlulah sesuai dengan jenis dan saiz font yang hendak dimasukkan. Kesesuaian gambar/foto yang dinyatakan perlulah sesuai dengan latar belakang situasi yang hendak disampaikan di dalam gambar. Keseimbangan ruang di dalam foto/gambar hendaklah seimbang yang meliputi keseimbangan kiri dan kanan gambar serta keseimbangan atas dan bawah gambar.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: TEORI ANALSIS WACANA KRITIS OLEH VANDIJK (1977)

VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.


Struktur Makro

Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur

Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro

Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks



Menurut Normaliza Abd Rahim di dalam bukunya terdapat teori analisis wacana kritis yang dikemukakan oleh Vandijk. Teori ini dikatakan terbahagi kepada beberapa elemen yang meliputi makro dan mikro serta mempunyai beberapa kawalan seperti kawalan wacana awan dan kawalan pemikiran. Teori analisis yang dikemukakan sangatlah mudah untuk diingati. Teori analisis itu ialah struktur makro, superstruktur dan struktur mikro.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. 

        Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGUNAAN INSTAGRAM

Rumusan tentang maanfaat penggunaan Instagram (Bab 4) :

1) Instagram membantu para pengguna dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun instagram mereka. Hal ini akan membolehkan para pengguna memahami mesej yang disampaikan melalui cerita pendek dan menimbulkan keterujaan dalam diri pengguna untuk mencuba menggunakannya di laman instagram mereka sendiri.

2) Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna instagram lain. Contohnya, perkongsian video berkenaan cara memasak, kemahiran menyunting video dan sebagainya.

3) Kajian menunjukkan bahawa pengguna instagram mempelajari kemahiran baharu di cerita pendek Instagram. Hasil kajian mirip kajian yang dijalankan oleh Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016) dimana Instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Juga kajian yang hampir sama denga kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) dimana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baru dan berkongsi pengetahuan mereka.

4) Membantu bakal pengajar dan penggunaan cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif.

5) Bagi para pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu

7) Para pengajar boleh membenarkan pelajar menggunakan teknologi baharu dalam berkongsi pengetahuan kepada orang lain dengan mencipta aura positif dalam video.

Rujukan:


Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti 
     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.



Graf 6.1 : Blog dalam pengajian sastera

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), berdasarkan keputusan dan perbincangan Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Ini memperlihatkan berdasarkan graf bahawa pemilih akan memilih satu genre yang disukai merekai untuk ditulis dalam blog. Untuk puisi, secara rangkumannya peratusan menunjukkan bahawa responden wanita (80%) lebih suka menulis puisi berbanding lelaki (66.7). Penulisan puisi ini ditulis berdasarkan emosi seseorang itu seperti cinta, berterima kasih, seseorang yang istimewa dan sebagainya. Untuk Graf 1 (Cerpen Pendek), peratusan bagi lelaki (86.7%) dan wanita (96.7%) menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek.Rata-rata berkata bahawa menulis cerpen pendek adalah ditulis bertujuan menambah baik kemahiran penulisan seseorang dan menulis cerpen pendek adalah menarik kerana berkisarkan kanak-kanak. Menulis Skrip juga dicadangkan oleh responden iaitu 76.7% (lelaki) dan 93.3 (perempuan) menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa pilihan adalah sesuai untuk penulisan blog. Menulis skrip mampu untuk mereka berfikir lebih jauh dan berimaginasi tentang sesuatu perkara. Responden turut bermotivasi apabila skrip yang ditulis di blog mendapat perhatian oleh pembaca.  Pantun turut dinyatakan mendapat peratusan 66.7% (lelaki) dan 86.7% (perempuan) memilih untuk menulis pantun dalam blog mereka. Melihatkan peratusan di atas, perempuan lebih suka menulis pantun kerana tahu akan cara penulisannya dan meninggalkan pesanan berserta mesej kepada rakan mereka di blog sebaliknya lelaki yang kurang tahu akan cara penulisan pantun yang baik.



Graf 6.2 : Blog dalam Pembelajaran Bahasa

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Graf 6.2 menunjukkan peratusan penggunaan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga pemikiran kritis di blog. Bagi penulisan surat, peratusan lelaki (80%) dan perempuan (83.3%) memilih penulisan surat untuk ditulis di dalam blog. Dengan cara menulis surat memberikan motivasi, semangat dan juga keyakinan mereka dalam memuntahkan gambaran perasaan. Manakala, menulis di blog untuk cara meluahkan perasaan menunjukkan bahawa 66.7% (lelaki) dan 100%(perempuan) menyatakan bahawa cara untuk meluahkan perasaan yang baik adalah melalui blog. Lelaki lebih cenderung menulis tentang permainan yang disukai, hobi dan sebagainya manakala perempuan lebih minat untuk menulis tentang kehidupan sehariannya. Menulis teka-teki juga menyatakan satu kaedah yang disukai oleh mereka apabila peratusan menunjukkan lelaki (93.3%) dan wanita (96.7%). Responden menyatakan bahawa mereka suka menukis teka teki kerana responden menerima banyak komen daripada pembaca. Ini akan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk terus menulis.




Graf 6.3: Blog dalam Pembelajaran Teknologi

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Graf 6.3 menunjukkan bahawa penulisan blog bahawa responden suka akan video, audio dan fotografi. Teknologi membantu untuk menerokai sesuatu yang baru. Bagi video, 100% lelaki dan wanita menyukainya kerana muzik yang dipilih sesuai dengan cerita yang ditulis.Bagi audio pula, peratusan menunjukkan 100% daripada lelaki dan wanita kerana kebanyakan blog mempunya lagu kegemaran mereka dan lagu-lagu ini diletakkan dalam senarai main lagu. Bagi gambar, 93% (lelaki) dan 100% (wanita) menunjukkan peratusan yang berbeza. Ini kerana wanita lebih suka menggunakan telefon bimbit dan muat naik ke blog secara langsung. Ini sangat memudahkan mereka untuk mengakses tanpa sambungan wayar.


Kesimpulannya, berdasarkan ketiga-tiga graf ini dapat merumuskan bahawa penulisan blog ini mampu untuk meningkatkan kemahiran dan juga keyakinan mereka. Maka, menulis blog mampu membuatkan mereka memahami lebih tentang kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi.

Rujukan: 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti 
     Malaysia Terengganu.