Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.



Graf 6.1 : Blog dalam pengajian sastera

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), berdasarkan keputusan dan perbincangan Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Ini memperlihatkan berdasarkan graf bahawa pemilih akan memilih satu genre yang disukai merekai untuk ditulis dalam blog. Untuk puisi, secara rangkumannya peratusan menunjukkan bahawa responden wanita (80%) lebih suka menulis puisi berbanding lelaki (66.7). Penulisan puisi ini ditulis berdasarkan emosi seseorang itu seperti cinta, berterima kasih, seseorang yang istimewa dan sebagainya. Untuk Graf 1 (Cerpen Pendek), peratusan bagi lelaki (86.7%) dan wanita (96.7%) menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek.Rata-rata berkata bahawa menulis cerpen pendek adalah ditulis bertujuan menambah baik kemahiran penulisan seseorang dan menulis cerpen pendek adalah menarik kerana berkisarkan kanak-kanak. Menulis Skrip juga dicadangkan oleh responden iaitu 76.7% (lelaki) dan 93.3 (perempuan) menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa pilihan adalah sesuai untuk penulisan blog. Menulis skrip mampu untuk mereka berfikir lebih jauh dan berimaginasi tentang sesuatu perkara. Responden turut bermotivasi apabila skrip yang ditulis di blog mendapat perhatian oleh pembaca.  Pantun turut dinyatakan mendapat peratusan 66.7% (lelaki) dan 86.7% (perempuan) memilih untuk menulis pantun dalam blog mereka. Melihatkan peratusan di atas, perempuan lebih suka menulis pantun kerana tahu akan cara penulisannya dan meninggalkan pesanan berserta mesej kepada rakan mereka di blog sebaliknya lelaki yang kurang tahu akan cara penulisan pantun yang baik.



Graf 6.2 : Blog dalam Pembelajaran Bahasa

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Graf 6.2 menunjukkan peratusan penggunaan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga pemikiran kritis di blog. Bagi penulisan surat, peratusan lelaki (80%) dan perempuan (83.3%) memilih penulisan surat untuk ditulis di dalam blog. Dengan cara menulis surat memberikan motivasi, semangat dan juga keyakinan mereka dalam memuntahkan gambaran perasaan. Manakala, menulis di blog untuk cara meluahkan perasaan menunjukkan bahawa 66.7% (lelaki) dan 100%(perempuan) menyatakan bahawa cara untuk meluahkan perasaan yang baik adalah melalui blog. Lelaki lebih cenderung menulis tentang permainan yang disukai, hobi dan sebagainya manakala perempuan lebih minat untuk menulis tentang kehidupan sehariannya. Menulis teka-teki juga menyatakan satu kaedah yang disukai oleh mereka apabila peratusan menunjukkan lelaki (93.3%) dan wanita (96.7%). Responden menyatakan bahawa mereka suka menukis teka teki kerana responden menerima banyak komen daripada pembaca. Ini akan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk terus menulis.




Graf 6.3: Blog dalam Pembelajaran Teknologi

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Graf 6.3 menunjukkan bahawa penulisan blog bahawa responden suka akan video, audio dan fotografi. Teknologi membantu untuk menerokai sesuatu yang baru. Bagi video, 100% lelaki dan wanita menyukainya kerana muzik yang dipilih sesuai dengan cerita yang ditulis.Bagi audio pula, peratusan menunjukkan 100% daripada lelaki dan wanita kerana kebanyakan blog mempunya lagu kegemaran mereka dan lagu-lagu ini diletakkan dalam senarai main lagu. Bagi gambar, 93% (lelaki) dan 100% (wanita) menunjukkan peratusan yang berbeza. Ini kerana wanita lebih suka menggunakan telefon bimbit dan muat naik ke blog secara langsung. Ini sangat memudahkan mereka untuk mengakses tanpa sambungan wayar.


Kesimpulannya, berdasarkan ketiga-tiga graf ini dapat merumuskan bahawa penulisan blog ini mampu untuk meningkatkan kemahiran dan juga keyakinan mereka. Maka, menulis blog mampu membuatkan mereka memahami lebih tentang kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi.

Rujukan: 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti 
     Malaysia Terengganu.







No comments:

Post a Comment