Bahagian A : STRATEGI
KESOPANAN
Brown & Levinson
(1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown &
Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori
asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian
kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson
(1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti
kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan
dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson
(1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten
mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk
Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan
pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif
pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki.
Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan
(Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record
(tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang
mengancam itu.
STRATEGI
KESOPANAN
|
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu
tidak keberatan.
|
Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu,
mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak
diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak
dibenarkan.
|
Off-record
Wah,
semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal
betul harga kasut di sini.
Cantik
baju kamu.
|
Rajah
3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
Bahagian B:
Ringkasan Cerita Sosial
2:
Berdasarkan Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan
adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang
lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai
buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat,
buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik
beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang
sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya
agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh
ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau
makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik. Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim
terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada
Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham
yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi
kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik
Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah
untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu