Thursday, April 30, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)

Aduh hari ni rasa macam nak cakap terengganu je yela sebab lama sangat duk kampung jadi kepekatan terengganu tu makin menjadi dari hari demi hari hahahaha okay mende lagi tugasan hari ni kena buat ? Jangan harap la boleh duduk diam eh selagi ProfDrN punya subjek masih berdaftar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya nak kongsikan tentang cerita sosial yang saya rasa perlu untuk kongsi kepada semua. Cerita sosial yang saya nak kongsi ni terdapat dalam buku kajian wacana. Okay tajuk buku tuuuuu pun dah menarik untuk dikongsikan iaitu AKU YANG ISTIMEWA.

Saya tertarik untuk berkongsi cerita ini sebab banyak nilai murni dan pengajaran yang boleh kita belajar daripada cerita ni. Okayy boleh stay tune membaca tahu sambil tunggu waktu berbuka ni

Dalam Ceita Sosial 2 yang bertajuk Saya yang Istimewa, terdapat beberapa nilai yang dapat saya rasa patut dikongsi selepas saya mengamati cerita tersebut dengan penuh jiwa dan perasaan. Nilai-nilai ini boleh dijadikan  pengajaran kepada saya dan anda semua. Nilai yang pertama ialah baik hati. Kenapa saya katakan nilai ini? Bagi yang sudah membaca cerita ini mereka tahu bahawa Alim merupakan seorang budak yang sangat baik. Buktinya, Alim sentiasa ingat tentang orang sekelilingnya. Semasa ayahnya membawa balik buah-buahan yang banyak, Alim tidak lupa untuk memberi sedekah kepada jirannya iaitu Sulaiman.Nilai yang kedua pula ialah nilai tolong-menolong. Selain baik hati, Alim juga yang suka menolong orang dalam cerita ini. Alim sering menolong keluarganya dalam melakukan kerja-kerja rumah. Alim sering menolong abangnya Imran, kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Malah, Alim juga telah membawa sampah kulit buah-buahan yang baru sahaja mereka makan untuk dibuang ke dalam tong sampah besar di hadapan rumahnya. Nilai seterusnya pula ialah mengambil berat. Alim seorang budak yang mempunyai sikap yang matang dan sangat bagus orangnya. Semasa Alim terserempak dengan ibu Sulaiman ketika membunag sampah di hadapan rumah, Ibu sulaiman atau mak cik Timah sempat menegurnya dan menangis mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim mempunyai respon yang sangat baik. Dengan menunjukkan sikapnya yang mengambil berat, dia bertanya kepada mak cik Timah mengapa dia bersedih. Seterusnya mak cik Timah menjawab dia tidak bersedih tetapi dia sangat gembira kerana Alim sangat baik terhadap Sulaiman anaknya.




Banyak nilai juga yang boleh kita pelajari daripada cerita sosial ini untuk kita jadikan pelajaran dalam kehidupan. Kebaikan itu perlu ada dalam diri untuk kita selalu berbuat baik kepada oeang lain supaya orang sekeliling kita berasa senang dan selesa. Mungkin nilai kebaikan yang kita lakukan ini kecil bagi kita namun besar nilainya kepada mereka yang berhadapan dengan kesusahan. Sikap ambil berat dan prihatin ini perlu supaya kita sedar bahawa setiap perkara yang kita lakukan itu perlu supaya bila kita yang menghadapi, orang akan cakna akan kesusahan kita




Rujukan :

Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM

No comments:

Post a Comment