Thursday, February 27, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

 Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak

[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu hapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2018c). Model Penceritaan Melalui Cerita Kanak-Kanak. Universiti Putra   Malaysia. Hakcipta Terpelihara

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
 Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara


Cerita Berkaitan Model Penceritaan Keluarga :

Aliff seorang anak yang sangat mulia dan baik. Dia selalu hormat dan taat akan perintah ibu dan bapanya. Setiap hari, sudah menjadi rutin bagi Aliff untuk menolong ibu bapanya. Pada waktu pagi di hujung minggu, Aliff sentiasa membantu ibunya mengemas rumah dan bercucuk tanan bersama bapanya. Pada waktu malam pula, Aliff akan menolong ibunya untuk menyiapkan makan malam. Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa semua kerja itu membebankan. Aliff suka menolong keluarga kerana ingin meringankan beban ibu bapanya. Alim sangat meyayangi keluarganya dan berhati-hati dalam setiap tindakannya. Dia seorang budak yang sentiasa menjaga adab dan budi pekertinya supaya nama baik keluarganya dihormati. Dia tidak akan sesekali melakukan perkara yang memalukan ibu bapanya. Alif sentiasa ingat pesan ibunya supaya menjaga adab bercakap dengan orang, menghormati orang tua dan menjaga perilaku. Alif disenangi oleh keluarga dan orang sekelilingnya kerana kelakuannya yang baik. Aliff juga ingin berbakti kepada ibu bapanya. Bagi Aliff, keluarga adalah segala-galanya. Abang, kakak, adik dan saudaranya ibarat tali yang dijadikan tempat bergantung buat Aliff. Mereka sentiasa ada bersamanya ketika senang dan susah. Ketika sakit, ditimpa kemalangan dan dalam keadaan susah, keluargalah tempat kebergantungannya. Keluarga menjadi keutamaannya kerana mereka sentiasa ada ketika memerlukan. Aliff sangat menyayangi ahli keluarganya.



Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Macam biasa la anak-anak LenggangKangkung Production sekalian, kalau hari isnin je kelas Multimedia dalam Bahasa memang takkan terlepas daripada blanket test . Alhamdullilah 3 soalan berjaya dijawab oleh anak-anak LenggangKangkung Production sekalian. Wah bangganya dengan kamu semua. Alhamdullilah kuatkan semangat ye dalam kursus ni dan semoga kejayaan milik kita semua. Ini adalah soalan yang berjaya dijawab berserta jawapan :

1) Apa itu keseimbangan?

    - Keseimbangan itu merujuk kepada ruang dalam foto atau video samaada ruang kiri dan kanan atau ruang atas dan bawah


2) Apakah asas fotografi yang terdapat pada gambar pemandangan tepi pantai ?
  - Long shot


3) Apakah asas fotografi yang terdapat pada gambar mata dan hidung?
    - Close up

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Minggu ke-3 kelas Multimedia dalam Bahasa dengan Prof Dr.Normaliza !!? Mesti ada tugasan yang kena siapkan harini juga. Aduh memang betul tekaan kali ini, masuk je kelas ada blanket test dan lepas je blanket test terus Prof bagi tugasan yang seterusnya. Tahu-tahu jela kalau tugasan dengan Prof, harini bagi harini juga kena siap. Bertungkus lumus kami sepasukan bergegas untuk menyiapkan semua gambar yang diminta . Tugasan harini memerlukan kemahiran dalam asas fotografi. Jadi kami diminta untuk megambil foto menggunakan 5 asas iaitu long shot, medium shot, portrait, mug shot dan juga close-up. Maka inilah hasilnya....


1. Long shot
Gambar long shot adalah gambar jarak jauh dari kamera atau video. Gambar tersebut haruslah jelas kelihatan dengan gambar keseluruhannya.

Asas Fotografi Long Shot Manusia dan Pemandangan


Asas Fotografi Long Shot  Pemandangan


2. Medium shot
Gambar yang diambil medium shot adalah jarak yang hampir dengan kamera atau video. Wajah seseorang dalam medium shot haruslah menyerlah berbanding long shot.

Asas Fotografi Medium Shot Pemandangan



Asas Fotografi Medium Shot  Manusia dan Pemandangan


3. Portrait
Gambar atau foto yang diambil haruslah berfokus dalam jarak yang dekat. Ianya akan lebih jelas kelihatan jika diambil di dalam studio.

Asas Fotografi Potrait Seluruh Badan

Asas Fotografi Potrait Muka

4. Mug shot
Tujuan mug shot diambil adalah untuk memfokuskan bahagian muka. Raut wajah dan dan cara terperinci individu tersebut adalah fokus utama mug shot.

Asas Fotografi Mug Shot Thal

Asas Fotografi Mug Shot Sue

Asas Fotografi Mug Shot Ijat

Asas Fotografi Mug Shot Nija

Asas Fotografi Mug Shot Jemil

Asas Fotografi Mug Shot Syah

Asas Fotografi Mug Shot Nina

Asas Fotografi Mug Shot Dila

Asas Fotografi Mug Shot Bina

Asas Fotografi Mug Shot Wais

5. Close-up
Fokus utama close-up adalah untuk menampakkan muka seseorang dengan lebih jelas.

Asas Fotografi Close-up Tumbuhan

Asas Fotografi Close-up Wajah




BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

Dalam sedar tak sedar, tiga minggu sudah berkuliah bersama Prof Dr.Normaliza. Sekejap rasanya bersama namun perkongsian ilmu yang sangat padat dapat dirasai. Tugasan demi tugasan dilalui bersama sebagai satu pasukan produksi. Selesai sudah proses semakan daripada Prof Dr.Normaliza untuk tugasan yang pertama. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan kami LenggangKangkung Production. Memahami asas dalam grafik sangat penting untuk penghasilan sekeping gambar yang mempunyai nilai. Tugasan dipulangkan kepada produksi masing-masing usai semakan markah dilakukan. Maka inilah serba sedikit yang kami lakukan sebagai pasukan pada minggu yang lalu untuk berkongsi dan memahami apa yang perlu ada dalam asas sesebuah grafik.

Muka hadapan 

Jenuh juga untuk menyiapkan muka hadapan yang mengandungi nama ringkas dan juga no kad matrik ni kerana kami sepasukan perlu mengunting dan mencari nombor berserta huruf dalam majalah yang telah kami cari bagi melengkapkan keseluruhan nama ahli kumpulan. Usaha sama ahli pasukan akhirnya menjadikan tugasan lebih mudah kerana pengagihan tugas yang baik telah mempercepatkan proses mencari dan mengunting. Selesai sahaja mencari dan menggunting, kami bergerak pula kepada proses menampal nombor dan juga huruf yang diperlukan ke atas sekeping mounting board yang telah dipotong mengikut ukuran saiz A4. Rumit bukan ?














 Mudah didefiniskan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto atau video. Malah, mudah juga dilihat sebagai sesuatu mesej yang terdapat dalam gambar mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.
















Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam gambaran dalam bentuk foto mahupun video. Grafik yang baik haruslah mengandungi tidak lebih dari 3 warna. Namun sesuatu boleh lebih dari 3 namun objektif dan mesej yang disampaikan haruslah sampai. Ada juga grafik yang hanya ada satu warna namun terpulang pada motifnya















Teks merujuk kepada jenis dan saiz fony yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan dalam teks juga diambil kira sebagai pemahaman teks. Aspek ini perlu diteliti supaya mesej dapat disampaikan dengan baik. Pemilihan warna teks juga sangat penting.


 Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada latar berkaitan seperti latar tempat, masa dan watak dalam grafik atau video

Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang dimaksudkan ialah kiri,kanan, atas dan juga bawah. Namun seimbang juga diterima apabila grafik itu mampu disampaikan dengan baik.

Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2-BUKU WACANA ROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Cerita Sosial 2 ini mengisakan tentang seorang budak yang bernama Alim. Alim dibesarkan dengan penuh nilai yang baik. Hubungan Alim sekeluarga dengan jiran mereka sangat baik. Pada suatu hari, bapa Alim telah ke pasar dan membeli buah-buahan untuk dijamu sekeluarga. Alim dan adik-beradiknya sangat teruja apabila melihat aneka buah yang dibeli ayahnya. Sebelum makan, ibu Alim berpesan kepada anak-anaknya supaya membuang sampah selesai makan supaya rumah tidak kelihatan kotor dan bersepa-sepah. Tiba-tiba, Alim teringat akan jirannya dan meminta izin daripada ibunya untuk mengagihkan sedikit buah-buahan yang dibeli kepada Sulaiman. Selepas diberi keizinan, Alim mengambil buah yang sudah diasingkan dan diberikan kepada Sulaiman yang sedang membasuh basikal. Mak Timah melihat kebaikan yang dilakukan Alim dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut. Dia mendoakan supaya Alim sekeluarga diberikan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan. Semangat kejiranan yang baik ditunjukkan oleh keluarga ini.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara


BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Nama : Mohd Izzat Aidil Bin Abdull Rahman
No.Matrik: 197500

Kelas untuk minggu yang kedua berjalan dengan lancar. Alhamdullilah dipertemukan lagi dalam kelas amali pada hari ini untuk menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang seterusnya. Pada kelas amali hari ini, kami diberi arahan untuk membuat aktiviti 2 dalam buku Ehh!! Media Sosial.


Aktiviti 2: Apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa?

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Tugasan 1 sudah diberikan pada minggu kedua kuliah. Minggu kedua yang bertarikh 17 Febuari 2020, LenggangKangkung Production tela dikerahkan untuk menyediakan 6 keping mounting board yang bersaiz A4, gunting, cutter atau pisau lipat, gam UHU, reben berukuran setengah meter dan juga majalah terpakai. Lenguh juga kami untuk mencari semua barangan yang diperlukan tetapi mujurlah disekitar UPM ini banyak kedai alat tulis jadi tak perlu untuk mencari barangan yang diperlukan di tempat yang jauh.



Masuk sahaja kelas, kami terus diberikan arahan untuk menyiapkan tugasan berdasarkan kriteria-kriteria yang diperlukan. Proses pertama yang kamu lakukan ialah membahagikan tugas-tugas dalam kumpulan. Kami diarahkan untuk mencari foto-foto yang mengandungi elemen-elemen yang berkaitan dengan asas grafik seperti mudah,warna,teks,kesesuaian dan keseimbangan. Jenuh juga kami mencari foto yang berkaitan dan selepas membuat semakan dengan Prof samada gambar yang kami cari menepati elemen atau tidak, mujurlah bekat tunjuk ajar Prof, gambar yang kami jumpai menepati semua elemen asas dalam grafik. Maka bermulalah proses gunting mengunting dengan cermatnya. Dari awal lagi, Prof pesan beliau tidak mahu gambar yang berkedut atau mempunyai gelembung udara . Nampak cerewet namun itulah yang menguji kemahiran cermat dalam melakukan tugasan. Selesai sahaja berlawan dengan gunting dan pisau, Prof menyuruh kami untuk mengunting huruf-huruf dan nombor yang mewakili nama produksi serta ahli kumpulan dan nombor kad matrik. Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk mengunting huruf-huruf yang kecil dan juga nombor-nombor yang sangat memerlukan kehalusan yang halus dalam menjayakannya.

Bertungkus-lumus selama dua jam dalam berperang untuk menyiapkan tugasan dan akhirnya kami menemui kejayaan apabila berjaya menyiapkan tugasan yang diberikannya dalam waktu yang singkat. Makan minum tolak tepi dulu yang penting kerja harus disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Penat tapi seronok apabila berjaya menyiapkan tugasan hehehehe. LenggangKangkung was on fire. Dekat bawah ini, saya sediakan serba sedikit proses kami dalam menghasilkan ‘buku skrap’ yang mengandungi elemen asas dalam grafik. Mudah-mudahan makin kreatif anak-anak LenggangKangkung Produk lepas ni hehe ❤๐Ÿงก๐Ÿ’›








BBM3410Satu220: Blanket Test

Assalamualaikum semua !!! Gembira rasanya boleh berblog semula untuk menyampaikan atau berkongsi sesuatu dengan semua.

Minggu lepas Prof ada bagitau yang minggu kuliah akan datang, Prof nak adakan satu ujian yang dipanggil blanket test. Seronok ada, takut pun ada. Soalan daripada Prof.Dr Normaliza kot siapa je yang tak kenal. Blanket test ini mempunyai kelebihan kepada pelajar untuk sentiasa memberi perhatian semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Sebab apa kena fokus? Sebab soalan-soalan yang diberikan Prof adala berdasarkan buku yang ditulis beliau sendiri iaitu buku Multimedia dalam Bahasa. Sebelum terlupa, blanket test ini mempunyai markah yang akan diberikan kepada pelajar yang boleh menjawab soalan yang dikemukan. Bukan itu sahaja tau malasetiap seorang daripada ahli kumpulan yang dapat menjawab soalan dengan betul, semua ahli dalam kumpulan akan diberikan markah yang sama tetapi soalan yang dikemukan haruslah orang yang berlainan menjawabnya. Bukan apa, dengan cara inilah setiap orang boleh menonjolkan diri dan meningkatkan keyakinan diri.

Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kumpulan kami yang diberi nama LenggangKangkung Production telah mendapat markah tertinggi pada minggu ini kerana telah berjaya menjawab 4 soalan berdasarkan tajuk daripada Bab 5 Asas Grafik dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Antara soalan yang dikemukan ole Prof adala seperti berikut :

Soalan 1 : 
Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan dalam sesebuah asas grafik?

Jawapan
:Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video dimana ruang bermaksud pembahagian kiri dan kanan dalam sesebuah foto dan sama berat pemberatannya dalam sesebuagrafik

Soalan 2 : 
Muka surat berapa judul Rule of thirds?

Jawapan:
80

Soalan 3 :
Rujuk gambar, apakah asas grafik yang ada pada gambar?

Jawapan:
Warna

Soalan 4: 
Berdasarkan gambar, apakah asas grafik yang terlibat?

Jawapan: 
Keseimbangan

Soalan yang diberikan kepada kami dalam blanket test ini nampak sahaja mudah namun akan menjadi sukar jika tidak menghayati dengan baik-baik elemn yang ada pada asas grafik. Untuk makluman semua, elemen yang terdapat dalam asas grafik hanyalah lima iaitu muda,warna,teks,keseimbangan dan juga kesesuaian. Elemen-elemen ini perlu ada bagi menghasilkan grafik yang baik dan mempunyai nilai estetika.

Tak sabar rasanya untuk ujian-ujian yang seterusnya dan semoga kami sekumpulan mampu menjawab soalan-soalan dalam ujian blanked akan datang. Semoga LenggangKangkung Production mampu untuk menghasilkan kerja-kerja yang diberikan dengan sebaiknya. BBM3410 Multimedia dalam Bahasa mengajar saya untuk selalu reda dalam melakukan tugasan.



Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Anugerah Terindah


Didekasikan kepada Encik Abdull Rahman Wahab dan Puan Rosmawati Hussin, inilah wajah dua  penguat semangat dalam meneruskan sebuah perjuangan yang tiada berpenghujung. Alhamdullilah atas kurniaan Tuhan Yang Esa kerana telah menghadirkan dua orang insan yang sangat memberi makna dalam kehidupan iaitu ibu dan ayah. Apa jua sekalipun panggilannya, merekalah insan yang telah membesarkan aku tanpa sebarang keluhan. To my ticket holder to jannah, thanks for everything you gave me. I am so lucky to be living my dreams to have parents as good as you. They are my role model in my life and such good example to be learnt. Dearest mama and papa, life is incompelete without you and may Allah grant jannah for both of you. I love you to the moon and the back ❤๐Ÿงก๐Ÿ’›


Mempunyai 6 orang adik-beradik yang mana terdiri daripada 4 orang puteri dan 2 orang putera yang menjadi penyeri kepada bunga-bunga yang ada. Ikatan tali persaudaraan yang boleh diibaratkan air yang dicincang takkan putus inilah yang menjadi pemangkin kepada saling kebergantungan antara satu sama lain dalam apa jua keadaan. 

Puteri sulung yang mempunyai karakternya yang tersendiri ini sudah sinonim dengan panggilan along dalam keluarga dan dalam kalangan kenalan dikenali sebagai emy. Kakak sulung yang sangat bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan adik-adik walaupun sudah terikat dengan komitmen sebagai seorang isteri.

 Puteri kedua dalam pasangan Encik Abdull Rahman dan Puan Rosmawati diberi nama Nurul Azwa tetapi mesra dipanggil Angah dalam keluarga. Tegas dalam pendirian namun sifat kasih sayang dalam diri membuatkan dia disenangi adik beradik. Mungkin tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam membesarkan dua orang putera itu berat dipikul namun anak-anaknya membesar dengan baik.

Puteri Ketiga dan Keempat dalam keluarga saya adalah pasangan kembar. Fatin Nabila dan Fatin Nadira nama diberi . Dua-dua mempunyai karakter yang berbeza tapi mempunyai minat yang sama dalam matematik. Baru sahaja menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Putera Sulung dalam keluarga diberi nama Mohd Izzat Aidil dan merupakan anak yang paling bertubuh dalam keluarga. Mesra dipanggil Abang dalam keluarga dan sekarang melanjutkan pengajian di UPM. Putera Bongsu dalam keluarga sudah sememangnya paling manja dan juga dipanggil adik. Nama diberi Irfan Iskandar dan baru sahaja menamatkan SPM.



BBM3410Satu2020 : Sinopsis Cerita Sosial 1

Mengisarkan tentang seorang budak bernama Alim yang sudah lama tidak menjejakkan kaki pulang ke kampung datuk dan neneknya. Mungkin disebabkan kesibukan ibu bapanya menyebabkan dia jarang-jarang pulang ke kampung. Pada kali ini, Alim akan pulang kampung sebelah ibunya yang terletak di Kajang. Seronok dan gembira yang tidak terkata lahir dalam diri Alim kerana dia sangat rindu akan kampung datuk dan neneknya untuk bermain haiwan ternakan yang diternak oleh datuknya. Tiba sahaja di kampung, Alim sangat teruja untuk bermain dengan ayam dan itik tetapi malangnya perasaan terharu mula melanda Alim kerana dia terpinga-pinga kemana perginya ayam dan itik datuknya. Alim mula menangis. Datuk dan neneknya berlari mendapatkannya dan menanyakan kenapa Alim menangis. Rupa-rupanya, Alim menangis apabila melihat reban datuknya sudah tidak mempunyai ayam dan itik padahal datuknya sudah membuat sebuah reban baharu yang terletak tidak jauh dari tempat asalnya. Alim kembali gembira dan mula berhenti menangis. Tidak lama kemudian, Alim menangis lagi selepas masuk ke dalam rumah kerana dia merasakan rumah datuk dan neneknya yang dahulunya sudah berubah. Nenek cuba memujuk dan menunjukkan sekeliling rumah kepada Alim sambil bercerita tentang perabot yang ada dalam rumah. Semua kehairanan melihat gelagat Alim yang tiba-tiba sahaja menangis tidak tentu hala. Alim mula menyesuaikan diri dengan suasana kampung dan hubungan mereke sekeluarga makin rapat. Kini, Alim sudah tau dimana ayam dan itik serta reban yang baharu.

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara menulis blog dengan baik :

1) Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
- Anda haruslah mencari tajuk yang tidak terlalu mengikut gaya klise kerana tajuk yang terlalu klise akan membuatkan pembaca berasa tidak tertarik untuk membaca blog yang dibuat. Pastikan anda mempunyai tajuk yang berjaya mencuit hati pembaca barula anda bersemangat untuk menulis di blog.

2) Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
- Cerita yang anda cuba ceritakan di blog harusla bersesuaian dengan khalayak yang membaca dan tidak menyentu isu-isu yang agak sensitif seperti isu perkauman dan sebagainya. Digalakkan untuk menggunakan jalan cerita yang tidak terlalu lewah dan penggunaan gaya bahasa serta retorik yang baik juga mampu menarik perhatian pembaca untuk membaca

3) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
- Ayat-ayat yang bersifat humor atau cara berjenaka ini disyorkan untuk digunakan dalam penulisan blog kerana penggunaan humor yang tepat dan menarik mampu membuat pembaca tersenyum sendiri apabila membaca. Penggunaan umor yang sederhana sudah memadai dan tidak digalakkan untuk terlalu berlebih dalam menggunakannya kerana dikhuatriri menjadikan penulisan menjadi bosan.

4) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk membuatkannya lebih menarik.
- Dengan menambah unsur penghujahan dalam blog untuk menghuraikan secara terperinci tentang sesuatu maklumat adalah disarankan. Memasukkan bukti,data atau kata-kata yang diambil berasaskan sumber yang sahih akan menyakin lagi pembaca untuk membaca.

5) Kaitkan penulisan anda dengan beri terkini.
- Salurkan info-info atau berita yang terkini dalam blog anda. Pastikan kesahihannya benar sebelum berkongsi ke dalam blog anda.

6) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
- Pemilihan perkataan yang digunakan perlu tepat dan jelas supaya ayat yang terbit tidak terlalu membosankan pembaca.

7) Dapat dibaca dan difahami.
-Blog yang ditulis seelok-eloknya kena dengan khalayak pembaca dan mempunyai kohesi dan koheren yang baik.

8) Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
- Penulisan yang ditulis dalam blog haruslah mempunyai hubungan antara penulis dan juga pembaca. Maksudnya disini, apa yang ditulis oleh haruslah bersifat dua hala; pembaca tahu apa yang ditulis dan pembaca faham apa yang ditulis oleh penulis.

9) Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
Dalam membuat sesuatu penulisan juga, elemen nilai estetika dan moral perlu diselitkan dalam penulisan blog seperti adat, adab, budaya dan sebagainya. Perkara yang berkaitan dengan norma kehidupan dan masyarakat tidak seharusnya diabaikan.

10) Berilmu untuk penulisan pendidikan.
- Paling penting dalam penulisan blog adalah kita perlu ingat bahawa tujuan penulisan blog ini bertujuan untuk memberikan perkongsian ilmu kepada mereka yang membaca. Bak kata cerdik pandai " sebarkanlah ilmu seperti mana sebarkan benih-benih tanaman yang akan berguna pada suatu hari nanti". 

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog writing Embracing the Technology. 
 Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti 
 Malaysia Terengganu.

Pendapat saya :

Pada pendapat saya, Blog kini telah menjadi satu fenomena baru dalam komuniti masyarakat di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ciri-ciri blog itu sendiri menjadi pemangkin kepada perkembangan blog. Hal ini dibuktikan dengan ciri bebas yang membolehkan sesiapa sahaja mempunyai blog sendiri. Kebebasan juga memberikan satu ruang sosial kepada semua pihak untuk memberikan apa-apa pandangan dalam satu-satu blog. Dengan adanya blog, seseorang boleh menjadikannya sebagai satu medium untuk berkongsi atau menyebarkan informasi berkaitan sesuatu perkara kepada audiens dengan muda sekali disamping boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana semuanya diakses secara atas talian. Sudah sememangnya, blog adalah satu alternatif yang sangat bijak dalam medium penyaluran maklumat. Seseorang boleh mencari maklumat dengan hanya menaip sahaja tajuk yang berkaitan dan blog-blog yang berkaitan akan muncul di paparan skrin. Ini sangat memudahkan audiens terutamanya dalam kalangan pelajar untuk membuat rujukan. Mengikut pengalaman saya sendiri, blog-blog yang wujud dalam ruangan internet sangat membantu saya dalam mengakses maklumat. Contohnya, saya ingin mengetahui cara-cara untuk memasak atau membuat minuman, saya hanya perlu menaip sahaja cara-cara memasak dan semua paparan yang berkaitan akan keluar. Ini sangat membantu saya dalam memudahkan tatacara kerja.

BBM3410Satu2020: Pengenalan Diri

Assalamualaikum...

Nama diberi Mohd Izzat Aidil Bin Abdull Rahman

Dipanggil Ijat mungkin sudah sinonim dengan diri

Merupakan anak kelahiran negeri Terengganu

Sekarang, melanjutkan pelajaran dalam Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang dan sekarang berada di tahun  pengajian kedua.

Minat menulis dalam bidang penulisan puisi, tidak menerbitkan sebarang penulisan yang dibukukan sekarang namun siapa tahu mungkin satu hari nanti mimpi akan bertukar menjadi realiti itu sesuatu yang pasti. Hanya berkira-kira dalam merancang dalam perancangan namun semuanya aturan yang di atas.


Aktif dalam akaun media sosial seperti Twitter,Facebook,Instagram dan juga Whatsapp

Sangat berpegang pada prinsip " Pantang Menyerah Sebelum Berjuang " dan " Jika anda gagal untuk merancang, anda merancang untuk gagal"

Penyuntik dalam meransang motivasi semestinya keluarga yang tidak pernah putus dalam memberi semangat dengan izin yang Maha Esa

Tujuan blog ini dibuka adalah bertujuan untuk menukilkan kata-kata atau bait-bait penulisan yang terlahir dari dalam sebuah perasaan  kepada  pembaca merasai nilai estetika dalam sebuah penulisan.

hehehehe semoga berjumpa lagi untuk perkongsian info berserta maklumat akan datang . Bye ๐Ÿคช๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‡