Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Anugerah Terindah


Didekasikan kepada Encik Abdull Rahman Wahab dan Puan Rosmawati Hussin, inilah wajah dua  penguat semangat dalam meneruskan sebuah perjuangan yang tiada berpenghujung. Alhamdullilah atas kurniaan Tuhan Yang Esa kerana telah menghadirkan dua orang insan yang sangat memberi makna dalam kehidupan iaitu ibu dan ayah. Apa jua sekalipun panggilannya, merekalah insan yang telah membesarkan aku tanpa sebarang keluhan. To my ticket holder to jannah, thanks for everything you gave me. I am so lucky to be living my dreams to have parents as good as you. They are my role model in my life and such good example to be learnt. Dearest mama and papa, life is incompelete without you and may Allah grant jannah for both of you. I love you to the moon and the back ❤🧡💛


Mempunyai 6 orang adik-beradik yang mana terdiri daripada 4 orang puteri dan 2 orang putera yang menjadi penyeri kepada bunga-bunga yang ada. Ikatan tali persaudaraan yang boleh diibaratkan air yang dicincang takkan putus inilah yang menjadi pemangkin kepada saling kebergantungan antara satu sama lain dalam apa jua keadaan. 

Puteri sulung yang mempunyai karakternya yang tersendiri ini sudah sinonim dengan panggilan along dalam keluarga dan dalam kalangan kenalan dikenali sebagai emy. Kakak sulung yang sangat bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan adik-adik walaupun sudah terikat dengan komitmen sebagai seorang isteri.

 Puteri kedua dalam pasangan Encik Abdull Rahman dan Puan Rosmawati diberi nama Nurul Azwa tetapi mesra dipanggil Angah dalam keluarga. Tegas dalam pendirian namun sifat kasih sayang dalam diri membuatkan dia disenangi adik beradik. Mungkin tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam membesarkan dua orang putera itu berat dipikul namun anak-anaknya membesar dengan baik.

Puteri Ketiga dan Keempat dalam keluarga saya adalah pasangan kembar. Fatin Nabila dan Fatin Nadira nama diberi . Dua-dua mempunyai karakter yang berbeza tapi mempunyai minat yang sama dalam matematik. Baru sahaja menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Putera Sulung dalam keluarga diberi nama Mohd Izzat Aidil dan merupakan anak yang paling bertubuh dalam keluarga. Mesra dipanggil Abang dalam keluarga dan sekarang melanjutkan pengajian di UPM. Putera Bongsu dalam keluarga sudah sememangnya paling manja dan juga dipanggil adik. Nama diberi Irfan Iskandar dan baru sahaja menamatkan SPM.



No comments:

Post a Comment