Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara menulis blog dengan baik :

1) Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
- Anda haruslah mencari tajuk yang tidak terlalu mengikut gaya klise kerana tajuk yang terlalu klise akan membuatkan pembaca berasa tidak tertarik untuk membaca blog yang dibuat. Pastikan anda mempunyai tajuk yang berjaya mencuit hati pembaca barula anda bersemangat untuk menulis di blog.

2) Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
- Cerita yang anda cuba ceritakan di blog harusla bersesuaian dengan khalayak yang membaca dan tidak menyentu isu-isu yang agak sensitif seperti isu perkauman dan sebagainya. Digalakkan untuk menggunakan jalan cerita yang tidak terlalu lewah dan penggunaan gaya bahasa serta retorik yang baik juga mampu menarik perhatian pembaca untuk membaca

3) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
- Ayat-ayat yang bersifat humor atau cara berjenaka ini disyorkan untuk digunakan dalam penulisan blog kerana penggunaan humor yang tepat dan menarik mampu membuat pembaca tersenyum sendiri apabila membaca. Penggunaan umor yang sederhana sudah memadai dan tidak digalakkan untuk terlalu berlebih dalam menggunakannya kerana dikhuatriri menjadikan penulisan menjadi bosan.

4) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk membuatkannya lebih menarik.
- Dengan menambah unsur penghujahan dalam blog untuk menghuraikan secara terperinci tentang sesuatu maklumat adalah disarankan. Memasukkan bukti,data atau kata-kata yang diambil berasaskan sumber yang sahih akan menyakin lagi pembaca untuk membaca.

5) Kaitkan penulisan anda dengan beri terkini.
- Salurkan info-info atau berita yang terkini dalam blog anda. Pastikan kesahihannya benar sebelum berkongsi ke dalam blog anda.

6) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
- Pemilihan perkataan yang digunakan perlu tepat dan jelas supaya ayat yang terbit tidak terlalu membosankan pembaca.

7) Dapat dibaca dan difahami.
-Blog yang ditulis seelok-eloknya kena dengan khalayak pembaca dan mempunyai kohesi dan koheren yang baik.

8) Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
- Penulisan yang ditulis dalam blog haruslah mempunyai hubungan antara penulis dan juga pembaca. Maksudnya disini, apa yang ditulis oleh haruslah bersifat dua hala; pembaca tahu apa yang ditulis dan pembaca faham apa yang ditulis oleh penulis.

9) Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
Dalam membuat sesuatu penulisan juga, elemen nilai estetika dan moral perlu diselitkan dalam penulisan blog seperti adat, adab, budaya dan sebagainya. Perkara yang berkaitan dengan norma kehidupan dan masyarakat tidak seharusnya diabaikan.

10) Berilmu untuk penulisan pendidikan.
- Paling penting dalam penulisan blog adalah kita perlu ingat bahawa tujuan penulisan blog ini bertujuan untuk memberikan perkongsian ilmu kepada mereka yang membaca. Bak kata cerdik pandai " sebarkanlah ilmu seperti mana sebarkan benih-benih tanaman yang akan berguna pada suatu hari nanti". 

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog writing Embracing the Technology. 
 Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti 
 Malaysia Terengganu.

Pendapat saya :

Pada pendapat saya, Blog kini telah menjadi satu fenomena baru dalam komuniti masyarakat di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ciri-ciri blog itu sendiri menjadi pemangkin kepada perkembangan blog. Hal ini dibuktikan dengan ciri bebas yang membolehkan sesiapa sahaja mempunyai blog sendiri. Kebebasan juga memberikan satu ruang sosial kepada semua pihak untuk memberikan apa-apa pandangan dalam satu-satu blog. Dengan adanya blog, seseorang boleh menjadikannya sebagai satu medium untuk berkongsi atau menyebarkan informasi berkaitan sesuatu perkara kepada audiens dengan muda sekali disamping boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana semuanya diakses secara atas talian. Sudah sememangnya, blog adalah satu alternatif yang sangat bijak dalam medium penyaluran maklumat. Seseorang boleh mencari maklumat dengan hanya menaip sahaja tajuk yang berkaitan dan blog-blog yang berkaitan akan muncul di paparan skrin. Ini sangat memudahkan audiens terutamanya dalam kalangan pelajar untuk membuat rujukan. Mengikut pengalaman saya sendiri, blog-blog yang wujud dalam ruangan internet sangat membantu saya dalam mengakses maklumat. Contohnya, saya ingin mengetahui cara-cara untuk memasak atau membuat minuman, saya hanya perlu menaip sahaja cara-cara memasak dan semua paparan yang berkaitan akan keluar. Ini sangat membantu saya dalam memudahkan tatacara kerja.

No comments:

Post a Comment