Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Tugasan 1 sudah diberikan pada minggu kedua kuliah. Minggu kedua yang bertarikh 17 Febuari 2020, LenggangKangkung Production tela dikerahkan untuk menyediakan 6 keping mounting board yang bersaiz A4, gunting, cutter atau pisau lipat, gam UHU, reben berukuran setengah meter dan juga majalah terpakai. Lenguh juga kami untuk mencari semua barangan yang diperlukan tetapi mujurlah disekitar UPM ini banyak kedai alat tulis jadi tak perlu untuk mencari barangan yang diperlukan di tempat yang jauh.



Masuk sahaja kelas, kami terus diberikan arahan untuk menyiapkan tugasan berdasarkan kriteria-kriteria yang diperlukan. Proses pertama yang kamu lakukan ialah membahagikan tugas-tugas dalam kumpulan. Kami diarahkan untuk mencari foto-foto yang mengandungi elemen-elemen yang berkaitan dengan asas grafik seperti mudah,warna,teks,kesesuaian dan keseimbangan. Jenuh juga kami mencari foto yang berkaitan dan selepas membuat semakan dengan Prof samada gambar yang kami cari menepati elemen atau tidak, mujurlah bekat tunjuk ajar Prof, gambar yang kami jumpai menepati semua elemen asas dalam grafik. Maka bermulalah proses gunting mengunting dengan cermatnya. Dari awal lagi, Prof pesan beliau tidak mahu gambar yang berkedut atau mempunyai gelembung udara . Nampak cerewet namun itulah yang menguji kemahiran cermat dalam melakukan tugasan. Selesai sahaja berlawan dengan gunting dan pisau, Prof menyuruh kami untuk mengunting huruf-huruf dan nombor yang mewakili nama produksi serta ahli kumpulan dan nombor kad matrik. Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk mengunting huruf-huruf yang kecil dan juga nombor-nombor yang sangat memerlukan kehalusan yang halus dalam menjayakannya.

Bertungkus-lumus selama dua jam dalam berperang untuk menyiapkan tugasan dan akhirnya kami menemui kejayaan apabila berjaya menyiapkan tugasan yang diberikannya dalam waktu yang singkat. Makan minum tolak tepi dulu yang penting kerja harus disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Penat tapi seronok apabila berjaya menyiapkan tugasan hehehehe. LenggangKangkung was on fire. Dekat bawah ini, saya sediakan serba sedikit proses kami dalam menghasilkan ‘buku skrap’ yang mengandungi elemen asas dalam grafik. Mudah-mudahan makin kreatif anak-anak LenggangKangkung Produk lepas ni hehe ❤๐Ÿงก๐Ÿ’›








No comments:

Post a Comment