Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020 : Sinopsis Cerita Sosial 1

Mengisarkan tentang seorang budak bernama Alim yang sudah lama tidak menjejakkan kaki pulang ke kampung datuk dan neneknya. Mungkin disebabkan kesibukan ibu bapanya menyebabkan dia jarang-jarang pulang ke kampung. Pada kali ini, Alim akan pulang kampung sebelah ibunya yang terletak di Kajang. Seronok dan gembira yang tidak terkata lahir dalam diri Alim kerana dia sangat rindu akan kampung datuk dan neneknya untuk bermain haiwan ternakan yang diternak oleh datuknya. Tiba sahaja di kampung, Alim sangat teruja untuk bermain dengan ayam dan itik tetapi malangnya perasaan terharu mula melanda Alim kerana dia terpinga-pinga kemana perginya ayam dan itik datuknya. Alim mula menangis. Datuk dan neneknya berlari mendapatkannya dan menanyakan kenapa Alim menangis. Rupa-rupanya, Alim menangis apabila melihat reban datuknya sudah tidak mempunyai ayam dan itik padahal datuknya sudah membuat sebuah reban baharu yang terletak tidak jauh dari tempat asalnya. Alim kembali gembira dan mula berhenti menangis. Tidak lama kemudian, Alim menangis lagi selepas masuk ke dalam rumah kerana dia merasakan rumah datuk dan neneknya yang dahulunya sudah berubah. Nenek cuba memujuk dan menunjukkan sekeliling rumah kepada Alim sambil bercerita tentang perabot yang ada dalam rumah. Semua kehairanan melihat gelagat Alim yang tiba-tiba sahaja menangis tidak tentu hala. Alim mula menyesuaikan diri dengan suasana kampung dan hubungan mereke sekeluarga makin rapat. Kini, Alim sudah tau dimana ayam dan itik serta reban yang baharu.

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment